Tuesday 22 May 2012

Ketahui Apa Yang Disukai Lelaki


lelaki
Seperti juga dengan golongan wanita, golongan lelaki juga ada perkara yang disukainya
sehingga menjadikan mereka terlalu obses dengan perkara yang disukainya sehingga tidak mempedulikan persekitarannya.
Biasanya bagi lelaki mereka amat sukar untuk meninggalkan perkara yang dilakukan sekiranya terlalu obses dan juga mereka boleh mengabaikan perkara-perkara lain termasuk juga
pasangan mereka. Oleh yang demikian ramai wanita yang sering kali merungut tidak
dipedulikan oleh pasangan mereka.Jom kita ketahui apakah perkara yang disukai oleh golongan lelaki.

Sukan


Sinonim bagi lelaki adalah sukan. Gambaran sukan akan lebih menarik jika ia dikaitkan dengan
kaum lelaki. Manakala, majoriti pemain sukan adalah terdiri daripada kaum lelaki.
Nisbah lelaki yang kurang meminati aktiviti sukan berbanding lelaki yang obses pada sukan
adalah 1:10. Jenis sukan yang menjadi kekuatan lelaki adalah futsal, bola sepak, badminton,
ragbi dan juga sepak takraw.
dota

Antara game kesukaan remaja kini DOTA (Dunia Orang Tanpa Awek. LOL!)

Permainan Video


Berbanding wanita, golongan lelaki lebih banyak menghabiskan masa untuk bermain permainan video. Sejak usia kanak kanak, tabiat bermain permainan video ini diteruskan sehingga dewasa.
Manakala, ada juga yang terus obses pada permainan video walaupun bermain selepas kali pertama. Antara permainan video kegemaran lelaki adalah lumba kereta, permainan bola sepak
dan pertempuran.

Muzik


Muzik adalah sesuatu elemen terapi yang bersifat subjektif. Bagi lelaki, konsep muzik itu adalah berkaitan dengan keghairahan, minat dan peribadi. Kebanyakan kaum lelaki mengetahui asas
dalam bidang muzik walaupun sedikit. Dalam proses meningkat remaja, ramai lelaki mula belajar untuk bermain gitar walaupun secara tidak serius.
Keghairahan muzik pada lelaki adalah apabila mereka menjadikannya sebagai kerjaya sepenuh masa atau sambilan. Lelaki moden kini sudah boleh untuk menerima konsep muzik yang bersifat balada dan juga jazz. Lelaki zaman moden tidak hanya menghasilkan lagu semata-mata malah turut mempraktikkan bakat bermuzik melalui persembahan.

Makanan


Makanan boleh menjadi perkara besar bagi lelaki. Jadi tidak hairanlah ada kata pepatah yang menyebut untuk memenangi hati seorang lelaki adalah melalui perutnya. Bagi kebanyakan lelaki tiada istilah pantang larang atau diet dalam memilih makanan.
Mereka juga boleh dikategorikan sebagai pengkritik, atau tukang masak terbaik berbanding
wanita. Hakikatnya, letak sajalah apa jenis makanan di depan lelaki dan mereka sesekali tidak
akan mengecewakan tukang masak dengan menghabiskannya berbanding kaum wanita yang cerewet dalam memilih makanan.

Fesyen


Jika sebelum ini, lelaki tidak menitikberatkan mengenai konsep fesyen atau pemakaian namun segalanya berubah seiring dengan berlalunya masa. Lelaki masa kini lebih peka pada penampilan dan fesyen. Selain itu, penggunaan istilah metro seksual juga turut membuktikanminat lelaki pada aspek fesyen.
Ada sesetengah lelaki bersifat cerewet dalam soal pemilihan pakaian walaupun bersifat kasual. Bagi lelaki, fesyen boleh menggambarkan personaliti diri mereka dalam memikat wanita.

0 comments:

Post a Comment