Tuesday 22 May 2012

Awas Dengan Lelaki Playboy Dan Kasanova Perosak Buat Si Gadis


Gelaran bagi Playboy dan Kasanova adalah gelaran yang diberikan oleh golongan wanita pada golongan lelaki dan seringkali menjadi mimpi ngeri buat wanita yang pernah menjadi mangsa. Bila sebut sahaja Playboy dan juga Kasanova ini pasti kita akan terbayang lelaki yang pandai menggoda, manis kata-kata, berharta dan juga sudah semestinya memiliki rupa paras yang menarik.

Apakah Yang Dimaksudkan Lelaki Kasanova

Gelaran lelaki Kasanova bukan menghala kepada lelaki bujang sahaja, tak kiralah sama ada dia suami orang atau VVIP asalkan dia lelaki, maka dia mempunyai peratus yang tinggi untuk digelar lelaki Kasanova sekiranya dia mempunyai perangai atau sifat suka memikat, memperdaya atau menggoda wanita. Wanita tidak digelar Kasanova, gelaran ini untuk lelaki sahaja (bukan semua lelaki).

Sasaran lelaki kasanova ini tidak mengira status wanita tersebut, sama ada wanita itu anak dara yakni belum berkahwin atau sudah pun berkahwin asalkan wanita tersebut mempunyai harta dan boleh dipergunakan.

Lelaki kasanova ia seringkali mencari mangsanya dengan memperdayakan mereka
dengan kata-kata manis, janji-janji manis dan sebagainya yang pasti dapat
mencairkan setiap wanita yang menjadi sasaran.

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Lelaki Playboy

Seperti juga dengan lelaki kasanova, lelaki playboy bukan tertumpu pada lelaki bujang sahaja. Lelaki playboy ini biasanya menjadikan wanita sebagai ‘spare part’ mereka sahaja yang digunakan sebagai teman dikala bosan. Lelaki playboy juga seperti lelaki kasanova di mana mereka mempunyai perangai atau sifat suka memikat, memperdaya atau menggoda wanita.

Sasaran lelaki playboy ini biasanya akan mensasarkan sasaran pada wanita yang memiliki wajah yang jelita dan bentuk tubuh badan yang mengiurkan. Lelaki playboy tidak kisah sama ada gadis yang berada disampingnya mempunyai harta ataupun tidak asalkan dia memiliki wajah yang menarik dan juga tubuh yang mengiurkan untuk ditayang kepada teman-temannya dan kebiasaannya teman wanitanya bukan hanya seorang.

Perbezaan Antara Lelaki Kasanova Dan Lelaki Playboy

Berikut adalah perbezaan antara lelaki kasanova dan lelaki playboy: 

v      Lelaki kasanova memilih gadis atau wanita yang kaya atau kelas atasan tetapi tidak pada lelaki playboy, asalkan wanita atau gadis tersebut mempunyai rupa paras menarik sudah memadai

v      Lelaki kasanova akan mengikis harta gadis atau wanita tetapi lelaki playboy tidak


v      Lelaki kasanova biasanya akan mengakhiri perhubungan dengan meniduri gadis atau wanita tetapi lelaki playboy tidak dimana sekiranya dia bosan, wanita atau gadis itu akan tinggalkan

v      Lelaki kasanova biasanya akan berlagak seperti orang kaya tetapi hakikatnya tidak berbanding lelaki playboy yang kebanyakkan adalah golongan yang kaya


v      Lelaki kasanova biasanya memiliki wajah yang kacak tetapi lelaki playboy tidak kacak tidak apa asalkan berharta

v      Biasanya lelaki kasanova tidak mempunyai ramai teman wanita kerana ia hanya menumpukan pada yang satu sehingga mencapai apa yang diinginkan, tetapi lelaki playboy mempunyai ramai teman wanita


v      Lelaki kasanova biasanya tidak akan memperkenalkan teman wanitanya kepada rakan-rakan karibnya kerana ingin menyembunyikan statusnya tetapi lelaki playboy amat berbangga untuk menayangkan teman wanitanya kepada rakan-rakannya

v      Lelaki kasanova tidak akan sesekali memberitahu maklumat mengenai dirinya seperti latar belakang, siapa rakannya atau sebagainya. Sekiranya dia memberitahu, maklumat tersebut adalah bohong semata-mata untuk mencairkan hati wanita tetapi bagi lelaki playboy pula dia amat bangga dengan menceritakan latar belakangnya dan siapa rakan-rakannya

Ok, demikian adalah sedikit perbezaan antara lelaki kasanova dan juga lelaki playboy. Ramai yang menganggap lelaki kasanova dan juga lelaki playboy ini sama sahaja dan tiada beza. Untuk pengetahuan anda terdapat perbezaan antara mereka ini.

Jadi kepada wanita di luar sana, berhati-hatilah dengan lelaki kasanova ini, jangan mudah terpengaruh dan termakan dengan ayat-ayat jiwang dan manis bicara mereka kerana kebanyakan mereka hanya mempergunakan mangsanya sahaja untuk kepentingan diri sendiri sama ada untuk memuaskan nafsu, mendapatkan wang, atau untuk mempergunakan wanita atau gadis untuk melakukan perkara lain seperti pengedar dadah dan sebagainya tanpa disedari. Jadi awas dan berwaspadalah dengan lelaki kasanova dan lelaki playboy ini.

  
 

0 comments:

Post a Comment