Tuesday 10 July 2012

CARA PENYEDIAAN KOLAGEN =)

NI MASIH DALAM BUNGKUSAN...=)

INI PULA KANDUNGAN YANG TERDAPAT PADA KOLAGEN ASLI INI SENDIRI

GAMBAR SETELAH DIKELUARKAN DARI BUNGKUSANNYA.MEMANG DALAM KEADAAN KERING DAN BERWARNA KUNING SUSU.

"STEP PERTAMA"


BUAT CUCIAN DAN BILAS DARI CUCIAN PERTAMA HINGGA CUCIAN KELIMA





INI LAH RUPA APABILA SUDAH DIRENDAM SEMALAMAN DAN JUGA SETELAH DITOSKAN DAN DICUCI SEKALI LAGI SEBELUM DIREBUS.





KOLAGEN BERSAMA 3LITER AIR.INI LAH RUPA NYA KETIKA DIREBUS DAN SESUDAH MASAK....=)










Tuesday 26 June 2012

KOLAGEN ASLI

Hari ni Update Mengenai Kolagen pula....=)

 Apa Itu Kolagen?
Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan.. Ia  menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.. Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini.
Kolagen terdapat pada,kornea, kanta mata. kulit, salurdarah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon ,rawan sendi,  dan gigi,hati,tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti  buahpinggang,jantung serta sistem limfatik.

Terdapat  29 jenis kolagen namun 90% adalah dari jenis kolagen I, II, III dan 1V.
  • Kolagen I terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi
  • Kolagen II: tulang rawan (komponen utama tulang rawan) ,mata
  • Kolagen III: reticulate (komponen utama retikuler serat). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tissue lembut seperti hati,jantung, tulang sumsum,arteri,kulit,usus,rahim
  • Kolagen IV: membentuk asas kepada sel membran dasar(serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang ) kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah.
  • Kolagen V: permukaan sel, rambut dan uri.      
Fungsi Kolagen:            
Menghasilkan asid amino  penting seperti :
  • lysin,prolin dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong, dan untuk mengawal fungsi sel.
  • hydroxyprolin-memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan tulang glisin -melembapan kulit.
  • alanin, prolin  dan asparagin -menstabilkan struktur,melembap, menegang dan menganjalkan  kulit   lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan.
  • arginin -memudahkan  tidur nyenyak, menghasilkan pola tidur.
  • mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
  • melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif .
  • menegang,menganjal dan melembapkan kulit.
  • menampung air dalam tubuh.
  • meningkatkan penyerapan kalsium.
  • menguatkan salurdah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit
  • meningkatkan isyarat induksi
  • menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik

KESAN KEKURANGAN KOLAGEN DALAM BADAN

Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan penurangannya mula dirasai lebihkurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.
Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.

                                                           

Tuesday 22 May 2012

Ketahui Apa Yang Disukai Lelaki


lelaki
Seperti juga dengan golongan wanita, golongan lelaki juga ada perkara yang disukainya
sehingga menjadikan mereka terlalu obses dengan perkara yang disukainya sehingga tidak mempedulikan persekitarannya.
Biasanya bagi lelaki mereka amat sukar untuk meninggalkan perkara yang dilakukan sekiranya terlalu obses dan juga mereka boleh mengabaikan perkara-perkara lain termasuk juga
pasangan mereka. Oleh yang demikian ramai wanita yang sering kali merungut tidak
dipedulikan oleh pasangan mereka.Jom kita ketahui apakah perkara yang disukai oleh golongan lelaki.

Sukan


Sinonim bagi lelaki adalah sukan. Gambaran sukan akan lebih menarik jika ia dikaitkan dengan
kaum lelaki. Manakala, majoriti pemain sukan adalah terdiri daripada kaum lelaki.
Nisbah lelaki yang kurang meminati aktiviti sukan berbanding lelaki yang obses pada sukan
adalah 1:10. Jenis sukan yang menjadi kekuatan lelaki adalah futsal, bola sepak, badminton,
ragbi dan juga sepak takraw.
dota

Antara game kesukaan remaja kini DOTA (Dunia Orang Tanpa Awek. LOL!)

Permainan Video


Berbanding wanita, golongan lelaki lebih banyak menghabiskan masa untuk bermain permainan video. Sejak usia kanak kanak, tabiat bermain permainan video ini diteruskan sehingga dewasa.
Manakala, ada juga yang terus obses pada permainan video walaupun bermain selepas kali pertama. Antara permainan video kegemaran lelaki adalah lumba kereta, permainan bola sepak
dan pertempuran.

Muzik


Muzik adalah sesuatu elemen terapi yang bersifat subjektif. Bagi lelaki, konsep muzik itu adalah berkaitan dengan keghairahan, minat dan peribadi. Kebanyakan kaum lelaki mengetahui asas
dalam bidang muzik walaupun sedikit. Dalam proses meningkat remaja, ramai lelaki mula belajar untuk bermain gitar walaupun secara tidak serius.
Keghairahan muzik pada lelaki adalah apabila mereka menjadikannya sebagai kerjaya sepenuh masa atau sambilan. Lelaki moden kini sudah boleh untuk menerima konsep muzik yang bersifat balada dan juga jazz. Lelaki zaman moden tidak hanya menghasilkan lagu semata-mata malah turut mempraktikkan bakat bermuzik melalui persembahan.

Makanan


Makanan boleh menjadi perkara besar bagi lelaki. Jadi tidak hairanlah ada kata pepatah yang menyebut untuk memenangi hati seorang lelaki adalah melalui perutnya. Bagi kebanyakan lelaki tiada istilah pantang larang atau diet dalam memilih makanan.
Mereka juga boleh dikategorikan sebagai pengkritik, atau tukang masak terbaik berbanding
wanita. Hakikatnya, letak sajalah apa jenis makanan di depan lelaki dan mereka sesekali tidak
akan mengecewakan tukang masak dengan menghabiskannya berbanding kaum wanita yang cerewet dalam memilih makanan.

Fesyen


Jika sebelum ini, lelaki tidak menitikberatkan mengenai konsep fesyen atau pemakaian namun segalanya berubah seiring dengan berlalunya masa. Lelaki masa kini lebih peka pada penampilan dan fesyen. Selain itu, penggunaan istilah metro seksual juga turut membuktikanminat lelaki pada aspek fesyen.
Ada sesetengah lelaki bersifat cerewet dalam soal pemilihan pakaian walaupun bersifat kasual. Bagi lelaki, fesyen boleh menggambarkan personaliti diri mereka dalam memikat wanita.

Awas Dengan Lelaki Playboy Dan Kasanova Perosak Buat Si Gadis


Gelaran bagi Playboy dan Kasanova adalah gelaran yang diberikan oleh golongan wanita pada golongan lelaki dan seringkali menjadi mimpi ngeri buat wanita yang pernah menjadi mangsa. Bila sebut sahaja Playboy dan juga Kasanova ini pasti kita akan terbayang lelaki yang pandai menggoda, manis kata-kata, berharta dan juga sudah semestinya memiliki rupa paras yang menarik.

Apakah Yang Dimaksudkan Lelaki Kasanova

Gelaran lelaki Kasanova bukan menghala kepada lelaki bujang sahaja, tak kiralah sama ada dia suami orang atau VVIP asalkan dia lelaki, maka dia mempunyai peratus yang tinggi untuk digelar lelaki Kasanova sekiranya dia mempunyai perangai atau sifat suka memikat, memperdaya atau menggoda wanita. Wanita tidak digelar Kasanova, gelaran ini untuk lelaki sahaja (bukan semua lelaki).

Sasaran lelaki kasanova ini tidak mengira status wanita tersebut, sama ada wanita itu anak dara yakni belum berkahwin atau sudah pun berkahwin asalkan wanita tersebut mempunyai harta dan boleh dipergunakan.

Lelaki kasanova ia seringkali mencari mangsanya dengan memperdayakan mereka
dengan kata-kata manis, janji-janji manis dan sebagainya yang pasti dapat
mencairkan setiap wanita yang menjadi sasaran.

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Lelaki Playboy

Seperti juga dengan lelaki kasanova, lelaki playboy bukan tertumpu pada lelaki bujang sahaja. Lelaki playboy ini biasanya menjadikan wanita sebagai ‘spare part’ mereka sahaja yang digunakan sebagai teman dikala bosan. Lelaki playboy juga seperti lelaki kasanova di mana mereka mempunyai perangai atau sifat suka memikat, memperdaya atau menggoda wanita.

Sasaran lelaki playboy ini biasanya akan mensasarkan sasaran pada wanita yang memiliki wajah yang jelita dan bentuk tubuh badan yang mengiurkan. Lelaki playboy tidak kisah sama ada gadis yang berada disampingnya mempunyai harta ataupun tidak asalkan dia memiliki wajah yang menarik dan juga tubuh yang mengiurkan untuk ditayang kepada teman-temannya dan kebiasaannya teman wanitanya bukan hanya seorang.

Perbezaan Antara Lelaki Kasanova Dan Lelaki Playboy

Berikut adalah perbezaan antara lelaki kasanova dan lelaki playboy: 

v      Lelaki kasanova memilih gadis atau wanita yang kaya atau kelas atasan tetapi tidak pada lelaki playboy, asalkan wanita atau gadis tersebut mempunyai rupa paras menarik sudah memadai

v      Lelaki kasanova akan mengikis harta gadis atau wanita tetapi lelaki playboy tidak


v      Lelaki kasanova biasanya akan mengakhiri perhubungan dengan meniduri gadis atau wanita tetapi lelaki playboy tidak dimana sekiranya dia bosan, wanita atau gadis itu akan tinggalkan

v      Lelaki kasanova biasanya akan berlagak seperti orang kaya tetapi hakikatnya tidak berbanding lelaki playboy yang kebanyakkan adalah golongan yang kaya


v      Lelaki kasanova biasanya memiliki wajah yang kacak tetapi lelaki playboy tidak kacak tidak apa asalkan berharta

v      Biasanya lelaki kasanova tidak mempunyai ramai teman wanita kerana ia hanya menumpukan pada yang satu sehingga mencapai apa yang diinginkan, tetapi lelaki playboy mempunyai ramai teman wanita


v      Lelaki kasanova biasanya tidak akan memperkenalkan teman wanitanya kepada rakan-rakan karibnya kerana ingin menyembunyikan statusnya tetapi lelaki playboy amat berbangga untuk menayangkan teman wanitanya kepada rakan-rakannya

v      Lelaki kasanova tidak akan sesekali memberitahu maklumat mengenai dirinya seperti latar belakang, siapa rakannya atau sebagainya. Sekiranya dia memberitahu, maklumat tersebut adalah bohong semata-mata untuk mencairkan hati wanita tetapi bagi lelaki playboy pula dia amat bangga dengan menceritakan latar belakangnya dan siapa rakan-rakannya

Ok, demikian adalah sedikit perbezaan antara lelaki kasanova dan juga lelaki playboy. Ramai yang menganggap lelaki kasanova dan juga lelaki playboy ini sama sahaja dan tiada beza. Untuk pengetahuan anda terdapat perbezaan antara mereka ini.

Jadi kepada wanita di luar sana, berhati-hatilah dengan lelaki kasanova ini, jangan mudah terpengaruh dan termakan dengan ayat-ayat jiwang dan manis bicara mereka kerana kebanyakan mereka hanya mempergunakan mangsanya sahaja untuk kepentingan diri sendiri sama ada untuk memuaskan nafsu, mendapatkan wang, atau untuk mempergunakan wanita atau gadis untuk melakukan perkara lain seperti pengedar dadah dan sebagainya tanpa disedari. Jadi awas dan berwaspadalah dengan lelaki kasanova dan lelaki playboy ini.

  
 

Monday 21 May 2012

Sakit Ketika Seks




SAKIT? Hubungan seks tidak sepatutnya menyakitkan. Seks sepatutnya menjadi hubungan batin suami isteri yang menyeronokkan, bukan sebaliknya.

Jika anda mengalami kesakitan ketika bersama suami, berhentilah kerana ia mungkin memberikan isyarat bahawa ada sesuatu yang tidak kena.

Dispareunia (dis-pa-run-ya) merupakan terma yang digunakan oleh para doktor secara eksklusif untuk wanita bagi menggambarkan masalah kesakitan ketika melakukan persetubuhan.
Bagaimanapun, lelaki jangan terlalu gembira kerana ia juga boleh berlaku kepada mereka.

Walaupun anda mungkin merasakan bahawa anda sahaja yang mengalaminya, jangan terkejut! Berdasarkan kajian, lebih dua pertiga wanita mengalaminya pada satu ketika dalam hidup mereka.
Namun demikian, seperti biasa, tidak ramai wanita yang berjumpa doktor mengenai perkara ini meskipun banyak yang boleh dilakukan untuk merawatnya, sekali gus mengembalikan semula keintiman pasangan yang sebelum ini mungkin dilema.
Rasa takut dan malu menghalang wanita daripada mendapatkan bantuan perubatan.

“Aku tak normal, tiada apa yang boleh dilakukan,’’ mungkin itu yang wanita fikirkan sekalipun hakikatnya, ia sama sekali tidak benar.
Harus ditekankan di sini bahawa sakit semasa melakukan hubungan seks bukanlah sesuatu yang boleh dianggap normal. Anda juga tidak perlu hidup dengannya.

Usah bimbang. Pakar Perbidanan dan Sakit PuanHospital Universiti Sains MalaysiaDr. Shah Reza Johan Noor cuba mempermudahkan kesakitan anda.

Pertama sekali, kita perlu memahami organ reproduksi kaum HawaFaraj merupakan satu laluan dari pangkal rahim ke permukaan luaran badan. Pangkal rahim adalah satu bahagian anatomi rahim yang sempit yang berhubungan dengan faraj.

Kawasan luaran jantina perempuan dinamakan vulva. Dua pasang lipatan berdaging dinamakan bibir luar (labium major) dan bibir dalam (labium minor) mengelilingi bukaan faraj dan uretra dan menjulur ke depan hingga ke klitoris.
Klitoris adalah bahagian atas bibir-bibir ini yang hampir sama dengan penis lelaki, mengandungi tisu erektil yang menjadi tegak apabila menerima rangsangan seksual – memberikan keseronokan dan kenikmatan semasa hubungan kelamin.

Mengapa Kesakitan Berlaku?


Kesakitan boleh dikaitkan sama ada secara fizikal mahupun emosi. Wanita akan mengalami empat fasa semasa hubungan kelamin yang secara ringkasnya dinyatakan seperti di bawah:

1.                             Fasa keinginan nafsu berahi: Perasaan yang berkehendakkan kepada aktiviti hubungan kelamin.
2.                             Fasa kebangkitan nafsu berahi: Perubahan fizikal terjadi di mana faraj dan vulva menjadi lembab, otot-otot faraj menjadi bertambah longgar, klitoris mengembang serta membengkak, rahim meninggi dan faraj menjadi bertambah dalam serta panjang dan melebar. “Fasa kebangkitan ini penting untuk persediaan faraj semasa menerima alat sulit lelaki (penis),’’ kata Dr. Shah Reza.
3.                             Fasa puncak syahwat: Satu rangsangan kemuncak aktiviti. Otot-otot faraj dan vulva mengembang mengecut – menimbulkan keseronokan tidak terkira. Klitoris juga boleh menimbulkan rasa kemuncak
4.                             Fasa resolusi/ketetapan: Faraj, rahim serta klitoris kembali ke struktur asal.
Tambahnya, jika fasa-fasa di atas tidak berlaku, hubungan kelamin menjadi satu aktiviti yang menyakitkan, tidak memberangsangkan serta mendatangkan ketidakselesaan.


Jenis-Jenis Kesakitan & Langkah-Langkah yang Perlu Diambil


Menurutnya, kesakitan semasa hubungan kelamin boleh dirasai sama ada di bahagian vulva, pembukaan faraj, di dalam faraj dan juga jauh ke dalam faraj.
Kesakitan vulva dirasai semasa tusukan penis, di permukaan luaran faraj. Kesakitan faraj pula dirasai di bahagian dalam manakala kesakitan yang jauh ke dalam boleh dirasai di belakangpinggulrahim dan juga pundi kencing.

Kesakitan vulva
Kesakitan dirasai apabila bahagian luar vulva disentuh yang mungkin berpunca daripada sabun, pencuci faraj, bedak ataupun penyembur sanitasi faraj yang digunakan.
Parut dan infeksi/jangkitan mungkin turut berperanan dalam menimbulkan kesakitan ini di mana vulva luka, deria rasa pula menjadi berlebihan.

Kesakitan Faraj


Kekeringan faraj: Kata Dr. Shah Reza, ini berlaku apabila faraj kering, mungkin dari kesan sampingan ubat-ubatan yang dimakan, mungkin juga kerana isteri tidak bersedia, maka fasa keinginan tersebut tidak berlaku. Kehamilan, penyusuan badan dan awal menopaus turut mempengaruhi kelembapan semula jadi di dalam faraj.

“Pada permulaan menopaus, hormon wanita – estrogen mengurang. Akibatnya,tisu faraj menipis dan relatifnya menjadi lebih kering, menyebabkan kesakitan semasa hubungan kelamin,’’ ujar beliau.
Hormon gantian boleh diambil bagi mengurangkan penyeksaan itu.
Wanita harus berbincang dengan suami. Suami penyayang, boleh bertolak ansur serta memahami harus juga memainkan peranannya kerana hubungan sepatutnya dua hala.

Kekeringan ini boleh diatasi dengan penggunaan pelincir berasaskan air. Lubrikasi yang berasaskan minyak boleh merosakkan kondom yang mungkin dipakai sebagai kaedah mencegah kehamilan kerana lapisannya boleh melarut dan akhirnya pecah.’

Keradangan faraj seperti kegatalan, pedih, keluarnya rembesan dari faraj serta rasa panas membakar yang lazimnya disebabkan oleh kulat seperti kandidiasis, mungkin juga kerana infeksi oleh bakteria
Vaginismus: “Vaginismus diakibatkan oleh kekejangan otot-otot pada bahagian luar faraj. Kesakitan yang amat sangat berlaku pada masa permulaan tusukan yang bakal menambahkan lagi kekejangan otot-otot tersebut.
“Bagi sesetengah wanita, vaginismus biasanya berlaku pada pengalaman pertama atau malam pertama pengantin baru,’’ Dr. Shah Reza.

Antara penyebab-penyebab vaginismus:

·                                 Luka serta parut lama di faraj akibat kecederaan, proses kelahiran, pembedahan.
·                                 Kerengsaan serta keradangan dari penggunaan bahan-bahan pencuci faraj, spermisid dan alahan getah kondom.
·                                 Jangkitan vulva dan faraj.
Kesakitan serius di bahagian dalam faraj merupakan masalah dalaman yang serius, berlaku apabila keseluruhan organ reproduktif suami berada di dalam faraj.
·                                 Penyakit keradangan pelvis.
·                                 Masalah dengan rahim.
·                                 Endometriosis.
·                                 Ketumbuhan di kawasan pelvis.
·                                 Penyakit yang melibatkan pundi kecing dan juga usus.
·                                 Organ-organ di bahagian pelvis yang melekat-lekat sesama sendiri, mungkin angkara jangkitan atau pembedahan lampau.
·                                 Ketumbuhan telur reproduksi.
Pemeriksaan lanjutan fizikal perlu dijalankan manakala pemeriksaan lain seperti ultrasound melalui faraj dan juga laparoskopi, mungkin disarankan.


Berikut antara soalan-soalan yang mungkin diajukan oleh doktor semasa pemeriksaan:

·                                 Ciri-ciri kesakitan contohnya, darjah kesakitan, berapa lama dan di bahagian tubuh mana ia berlaku?
·                                 Bilakah anda berasa sakit?
·                                 Lain-lain simptom yang mungkin ada seperti sakit kepala, loya atau lemah, tidak bermaya?
·                                 Sejarah perubatan?
·                                 Sejarah keluarga.

Pilihan Rawatan


·                                 Bagi kes-kes jangkitan, rawatan dengan ubat-ubatan selalunya tidak mengecewakan.
·                                 Penggunaan krim atau jel membantu dalam kes-kes di mana pelincir semula jadi tidak mencukupi.
·                                 Latihan relaksasi berupaya mengembalikan semula kawalan otot-otot faraj.
·                                 Sekiranya ujian diagnostik mengesahkan kewujudan masalah fizikal seperti endometriosis, pembedahan mungkin dicadangkan oleh doktor anda.

Peranan Emosi


Ketakutan untuk mengandung boleh menghasilkan vaginismus atau mungkin timbul perasaan bersalah kerana melakukan hubungan jenis.
Ada yang takut pada penyakit tularan seks, trauma akibat kecederaan atau pengalaman berorientasikan seks sama ada rela atau paksa seperti penderaan seks kanak-kanak, diperkosa dan sumbang mahram.
Kesemua ini mengurangkan kelembapan serta lubrikasi faraj termasuklah daya keinginan,’’ Dr. Shah Reza menarik perhatian.
Nasihat beliau: “Wanita tidak harus berseorangan terseksa dengan pengalaman ini. Berbincanglah dengan para doktor, jururawat serta kaunselor bertauliah.
“Suami pula, sebagai teman hidup wanita, sepatutnyalah menunjukkan sikap memahami akan masalah yang dihadapi oleh si isteri, peka pada kesakitan tersebut dan bersama-sama mencari jalan penyelesaiannya.’’
Misal, tunggu sekurang-kurangnya enam minggu sebelum melakukan hubungan kelamin dengan isteri yang baru lepas bersalin. Kelembutan dan cumbuan yang memadai dapat memastikan kelinciran semula jadi faraj.

G-Spot Wanita




Sebelum melakukan hubungan seks, sewajarnya setiap pasangan bermesra atau berasmara dalam tempoh tertentu supaya kedua-duanya sama-sama naik ghairah. Seperti lelaki, wanita juga mempunyai kawasan yang amat sensitif dengan rangsangan yang dikenali sebagai G-Spot.
G-Spot atau titik ghairah ialah satu kawasan misteri yang masih dicari-cari oleh lelaki sejak sekian lama. Wanita akan memberi reaksi yang tersendiri apabila bahagian ini disentuh. Maka tidak hairanlah kebanyakan lelaki berusaha menjejakinya. Kawasan ini dinamakan G-Spot sempena nama Dr Grafenberg, iaitu orang yang menemui kawasan larangan ini. Menurutnya wanita mempunyai satu kawasan yang sangat sensitif. Apabila G-Spot seseorang itu dirangsang akan menyebabkan wanita berasa kenikmatan luar biasa sehingga mengeluarkan sejenis cecair.
Menurut kajian Dr Grafenberg, ramai wanita menikmati orgasme pada G-Spot. Mereka akan terangsang apabila kawasan ini disentuh oleh jari atau zakar sehingga mengeluarkan sejenis cecair. Tahap cecair yang dikeluarkan itu berbeza di antara wanita tetapi ia cukup untuk membasahkan tempat tidur. Tetapi sesetengah lelaki pula menganggap wanita ini terkencing. Padahal dia mengalami orgasme yang cukup nikmat.

Cecair Yang Dikeluarkan

Cecair yang dikeluarkan akibat rangsangan itu berasal dari uretha dan ianya bukanlah air kencing. Ia dihasilkan oleh benjolan ‘skene’ yang mengelilingi uretha yang berfungsi sepertimana prostat lelaki. Apabila wanita terangsang atau sedang merasai kenikmatan, dia boleh menghasilkan sejenis cecair. Jumlah cecair yang dikeluarkan itu antara satu sudu teh hingga boleh membasahi tilam. Namun, rasa cecair ini bergantung kepada kedudukan hari dan bulan. Boleh jadi rasanya manis hingga pahit.

Kelebihan Seks





Walaupun dikatakan banyak kelebihan dari segi kesihatan mengenai seks ini bukan bermakna anda boleh melakukan seks bagi yang belum berkahwin bagi orang islam.

Berikut 10 kelebihan seks buat kesihatan:

1. Menjadikan awet muda. Menurut penelitian, orang yang melakukan hubungan seksual tiga kali dalam seminggu terlihat empat sampai tujuh tahun lebih muda. Hal ini karena seks merupakan bentuk olah raga yang memberikan peremajaan kulit. Hubungan seks dilakukan dengan penuh semangat berarti akan banyak oksigen yang terpompa di sekitar tubuh yang dibawa darah dan nutrisi pada permukaan kulit.

2. Membuat tubuh menjadi fit. Meskipun seks bukan cara paling efektif untuk menurunkan berat badan, Anda dapat membakar antara 100 dan 250 kalori per jam dan juga olah raga otot-otot secara menyeluruh.

3. Meningkatkan mood. Ketika seorang wanita mencapai orgasme, mereka mengeluarkan suatu hormon seks yang disebut oxytocin yang diproduksi oleh bagian dasar otak yang dapat membangkitkan perasaan emosional seperti kehangatan dan saling asuh yang membantu meningkatkan pertalian di antara dua orang.

4. Menjaga Anda tetap langsing. Hubungan seksual meningkatkan tingkat insulin-seperti faktor penumbuh (IGF)-suatu hormon yang dapat mengontrol aktifitas enzim dalam sel-sel yang bertanggung jawab pada metabolisme lemak. Ketika tingkat IGF lebih tinggi dikeluarkan, membantu menghacurkan lapisan lemak.

5. Meningkatkan kekebalan. Penelitian telah menunjukkan bahwa orgasme dapat membantu menstimulus sistem kekebalan. Hal ini terjadi karena dapat meningkatkan tingkat T3 dan T4 sel lymphocyte-sejenis sel darah putih yang dapat memproduksi anti bodi dan menyerang infeksi sebanyak 20%.

6. Mengurangi stress. Ada bukti ilmiah yang kuat bahwa orgasme dapat memicu pengeluaran endorphins-bahan kimia yang dikeluarkan otak yang bertindak sebagai painkillers efektif.

7. Membantu mencegah penyakit jantung. Seks memiliki keuntungan khusus bagi pria, terutama jika mereka berumur 40 tahun lebih. Karena seks dapat membantu meningkatkan testosteron yang dapat melindungi jantung.

8. Membantu sirkulasi. Seks adalah olah raga yang dapat meningkatkan sirkulasi darah karena akan membiarkan oksigen dan nutrisi mengalir dalam aliran darah lebih mudah.

9. Memperpanjang hidup. Para peneliti telah menghubungkan hidup lebih panjang dengan frekuensi seks baik pria dan wanita.

10. Menurunkan risiko dalam kehamilan. Suatu penelitian tahun 1994 menemukan bahwa wanita yang melakukan seks dalam hubungan jangka panjang memiliki resiko komplikasi lebih kecil dalam masa kehamilan.