Apa Itu Kolagen?
Kolagen adalah
protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya
merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan.. Ia
menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan
dan kekenyalan kulit dan tisu badan.. Kolagen disusun tiga rantai
polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple
helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai
panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan
terpenting abad ini.
Kolagen terdapat
pada,kornea, kanta mata. kulit, salurdarah, keratin (rambut, kuku),
tulang, tendon ,rawan sendi, dan gigi,hati,tulang sum-sum dan tisu dan
organ seperti buahpinggang,jantung serta sistem limfatik.
Terdapat 29 jenis kolagen namun 90% adalah dari jenis kolagen I, II, III dan 1V.
- Kolagen I terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi
- Kolagen II: tulang rawan (komponen utama tulang rawan) ,mata
- Kolagen III: reticulate (komponen utama retikuler serat). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tissue lembut seperti hati,jantung, tulang sumsum,arteri,kulit,usus,rahim
- Kolagen IV: membentuk asas kepada sel membran dasar(serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang ) kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah.
- Kolagen V: permukaan sel, rambut dan uri.
Fungsi Kolagen:
Menghasilkan asid amino penting seperti :
- lysin,prolin dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong, dan untuk mengawal fungsi sel.
- hydroxyprolin-memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan tulang glisin -melembapan kulit.
- alanin, prolin dan asparagin -menstabilkan struktur,melembap, menegang dan menganjalkan kulit lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan.
- arginin -memudahkan tidur nyenyak, menghasilkan pola tidur.
- mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
- melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif .
- menegang,menganjal dan melembapkan kulit.
- menampung air dalam tubuh.
- meningkatkan penyerapan kalsium.
- menguatkan salurdah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit
- meningkatkan isyarat induksi
- menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik
KESAN KEKURANGAN KOLAGEN DALAM BADAN
Penghasilan
kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25
tahun.Kesan penurangannya mula dirasai lebihkurang 10 tahun kemudian.
Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh
daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan
kolagen dalam badan.
Oleh itu kolagen
diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti
osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk
kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.
Kredit diberikan kepada:http://www.classiccollagen.com/collagen_Page.html
0 comments:
Post a Comment