Monday 21 May 2012

G-Spot Wanita




Sebelum melakukan hubungan seks, sewajarnya setiap pasangan bermesra atau berasmara dalam tempoh tertentu supaya kedua-duanya sama-sama naik ghairah. Seperti lelaki, wanita juga mempunyai kawasan yang amat sensitif dengan rangsangan yang dikenali sebagai G-Spot.
G-Spot atau titik ghairah ialah satu kawasan misteri yang masih dicari-cari oleh lelaki sejak sekian lama. Wanita akan memberi reaksi yang tersendiri apabila bahagian ini disentuh. Maka tidak hairanlah kebanyakan lelaki berusaha menjejakinya. Kawasan ini dinamakan G-Spot sempena nama Dr Grafenberg, iaitu orang yang menemui kawasan larangan ini. Menurutnya wanita mempunyai satu kawasan yang sangat sensitif. Apabila G-Spot seseorang itu dirangsang akan menyebabkan wanita berasa kenikmatan luar biasa sehingga mengeluarkan sejenis cecair.
Menurut kajian Dr Grafenberg, ramai wanita menikmati orgasme pada G-Spot. Mereka akan terangsang apabila kawasan ini disentuh oleh jari atau zakar sehingga mengeluarkan sejenis cecair. Tahap cecair yang dikeluarkan itu berbeza di antara wanita tetapi ia cukup untuk membasahkan tempat tidur. Tetapi sesetengah lelaki pula menganggap wanita ini terkencing. Padahal dia mengalami orgasme yang cukup nikmat.

Cecair Yang Dikeluarkan

Cecair yang dikeluarkan akibat rangsangan itu berasal dari uretha dan ianya bukanlah air kencing. Ia dihasilkan oleh benjolan ‘skene’ yang mengelilingi uretha yang berfungsi sepertimana prostat lelaki. Apabila wanita terangsang atau sedang merasai kenikmatan, dia boleh menghasilkan sejenis cecair. Jumlah cecair yang dikeluarkan itu antara satu sudu teh hingga boleh membasahi tilam. Namun, rasa cecair ini bergantung kepada kedudukan hari dan bulan. Boleh jadi rasanya manis hingga pahit.

0 comments:

Post a Comment